SUP HARUAN SEGAR PERTAMA DI MALAYSIA DAN DIDUNIA!
Tanpa pengawet dan perasa tiruan, berkhasiat, enak, halal dan mudah disediakan!
Ia juga tidak berbau hanyir dan mempunyai kandungan kolagen yang tinggi.
Sup ini disediakan dengan mengaplikasikan teknologi terkini didalam proses dan penyediaannya bagi memastikan khasiat yang terdapat didalam ikan haruan terpelihara dan dapat memberi kesan optimum kepada mereka yang mengambilnya.
Kajian santifik membuktikan ikan haruan berkhasiat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka terutama bagi ibu-ibu yang bersalin dan mereka yang menjalani pembedahan.
Ini telah dibuktikan berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan oleh Prof. Saringat Baie dari USM and Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang khasiat dan kebaikan ikan haruan.
Kebaikan ikan haruan
- Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
- Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
- Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
- Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
- Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan
- Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.
Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit
Cara penyediaan sup haruan
Buka tin dan tuangkan sup haruan & isinya untuk satu hidangan. Panaskan sup.. sedia dimakan. Baki ikan yang belum dipanaskan boleh disimpan didalam peti ais (tidak perlu dibekukan) untuk sajian seterusnya.
Kuantiti setiap satu tin
Mengandungi antara 2 atau 3 ketul haruan yang telah dipotong. Kepala dan ekor tidak dimasukkan. Berat setiap satu tin ialah 430gm.
Tarikh Luput
2 tahun dari tarikh dikilangkan
Bahan2 & rempah yang digunakan untuk membuat sup
Ikan haruan yang di potong, bawang putih, bawang besar, lada hitam, kulit kayu manis, jintan hitam, jintan putih, halia, garam dan air.
Tips : Jika suka, anda juga boleh masukkan rempah tambahan sewaktu sup dipanaskan mengikut citarasa anda.
Nota 1
Selepas tin dibuka, sebahagian ikan haruan yang tidak digunakan boleh disimpan di dalam peti untuk hidangan seterusnya. Ia tidak perlu dibekukan. Sup dari tin yang telah dibuka hendaklah dihabiskan dalam masa 3 hari.
Nota 2
Selepas anda membuka tin anda pasti akan melihat sup yang berminyak. Jangan risau! Ia adalah minyak yang dikeluarkan secara semula jadi oleh ikan haruan dan bukan dari sumber-sumber yang lain


